Salam buat kawan-kawan dan saudara/i;
Lama gak tak menulis di blog @ menyertai forum2. Konon2 sibuk belajar internet marketing sambil2 trade forex..
Hari ini nak citer pasal internet marketing yang heboh (bukan jom heboh tv3 tu,k) di persada warga IT. Kerana tertarik akan iklan-iklan making money online, work at home yang menjanjikan pulangan ribuan ringgit seminggu, puluhan ribu sebulan, ratusan ribu setahun, saya startla menjajar meneroka banyak website dari yang English sampaila yang ke Bahasa Melayu.
Dek kerana saya ni newbie (istilah untuk budak tadika dlm internet marketing ni) banyak kali gak terkena beli VCD dan e-book yang tak padan harga dengan isi kandungan, tapi tak dinafikan banyak gak yang bagus dan jujur dalam membantu orang baru (newbie) terutama saudara Amar Zahar, Zulkifli Yunus, Mawardie (sekadar menyebut beberapa nama) misalnya Sdr AmarZahar yang sanggup membimbing dan mengenakan caj yang berpatutan untuk menjadi Internet Marketer yang berjaya buat duit di internet. Klik la link di bawah untuk anda menilai sendiri (bukan nak bodek)
Pada saya, duit bukan segalanya, yang penting ia halal dan didapati dengan usaha gigih diri sendiri. Tapi tanpa duit banyak perkara tak menjadi malah cinta juga kan terjun melalui tingkap bila kemiskinan mengetuk pintu.
Tanpa ilmu bukan mudah nak buat duit apatah lgi nak cipta mesin pencetak duit. Banyak ilmu dapat ditimba dari Sdr AmarZahar
Tanpa ilmu, Iman manusia pun selalu goyah, bila tak beriman lagi la payah nak beramal. Bukankah kita nak kebahgiaaan dunia dan Akhirat.
Ok la, rasanya pembaca lebih arif tentang hal ini. Mungkin dilain masa saya akan cuba menceritakan bagaimana Si Miskin menjadi Kufur.. harap diselisihkan dari kita tergelincir ke jalan sesat dan murtad.